Korporat

on Sunday, August 9, 2009

A-KAL Food Industry ditubuhkan dengan matlamat untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah menyediakan keperluan makanan minum yang halal dan suci untuk umat muslim di seluruh dunia . Banyak produk-produk bertanda halal pada hari ini adalah diprodusi oleh pengilang-pengilang bukan muslim . Jadi A-KAL akan mengisi kekosongan tersebut .

Bagi menjayakan hasrat tersebut kami telah berusaha menjalani latihan dalam pelbagai bidang pengeluaran makan halal dengan bantuan pelbagai pihak seperti Mardi , FAMA , Kementerian Pembangunan Luar Bandar , Pertubuhan Peladang dan individu-individu . Walaubagaimanapun kemampuan modal dan tenaga yang ada pada masa ini amat terhad , kami akan berusaha semampu mungkin untuk merancang pembangunan syarikat ini secara teliti dan berhemah agar kami berupaya mengeluarkan produk yang berkualiti dan memenuhi cita rasa pelanggan kami .

Kami juga akan berusaha memastikan agar proses pengilangan semua produk adalah berlandasan sistem pengilangan islam .

Kami juga akan berusaha memastikan bahawa bahan mentah kami dibekalkan oleh umat islam .
Harapan kami agar satu hari nanti produk keluaran kami akan menjadi penentu aras tanda kualiti produk halal antarabangsa.
Pihak kami juga dalam proses mengeluarkan beberapa lagi produk muslim halal yang boleh anda dapati sedikit masa lagi di
http://www.muslimproduct.net/

Pengurus Besar

ISMAIL YAHYA